#TERBAIK ~ Mira Filzah Terjebak Jadi Penyanyi

Mira Filzah berharap lagu duet nyanyiannya dapat menaikkan rating drama Meh Sandar Pada Aku yang akan ditayangkan di TV3. -foto Instagram Sony Music Malaysia. 

 PETALING JAYA: Aktres Mira Filzah mengaku turut terjebak dengan trend yang menyaksikan pelakon menyanyikan sendiri lagu tema bagi mempromosikan drama dan filem lakonan mereka.

 Tampil dengan single berjudul Sandar Padaku, Mira bagaimanapun berkata, dia sekadar mencuba nasib bagi memenuhi permintaan pasangan duetnya iaitu Aliff Aziz.

 "Idea supaya saya menyanyi lagu yang menjadi OST (lagu tema) drama Meh Sandar Pada Aku ini muncul daripada Aliff sendiri.

 "Dia yang begitu mendesak supaya kami sama-sama menyanyikan lagu ini.

Tambahan pula drama ini memang lakonan kami bersama, jadi mungkin impaknya agak kurang jika Aliff berduet dengan wanita lain," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Mira Filzah akui melalui pengalaman yang menarik ketika merakamkan lagu Sandar Padaku bersama Aliff Aziz. 

Mira Filzah, 24, diminta mengulas mengenai lagu tema drama Meh Sandar Pada Aku yang akan ditayangkan di Slot Dahlia TV3.

 Ditanya sama ada dia berminat untuk menghasilkan single lain pada masa hadapan jika diberi peluang,

Mira bagaimanapun menolak idea berkenaan. "Saya memang tak pandai menyanyi dan tak pernah terfikir untuk merakamkan lagu, ini pun sekadar suka-suka.

 "Cukuplah sekali saya melalui pengalaman masuk studio sebagai penyanyi," katanya.

 Bercerita lanjut mengenai proses rakaman lagu terbitan Sony Music yang dibuat pada Ogos tahun lalu, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman mengakui dia tidak mengikuti sebarang kelas vokal sebagai persediaan.

 "Saya minta supaya diberikan bahagian yang mudah dan ringkas dalam lagu berkenaan. Nasib baik Aliff dan penerbit muzik Halen Yap banyak beri tunjuk ajar.

 "Alhamdulillah proses rakaman berjalan lancar dan kami hanya mengambil masa selama beberapa jam untuk siapkannya," kata Mira lagi.

 Lagu Sandar Padaku kini boleh didapati di iTunes dan dapat didengar melalui pelbagai portal muzik seperti Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBOX, Raku, Spotify dan Yonder Music.

 Dalam perkembangan lain Mira kini sedang menjalani pengambaran telefilem berjudul Jula Juli Bintang Cinta di Langkawi bersama pelakon dan pelawak, Zizan Razak.[mStar]

No comments