Wednesday, February 8, 2017

#TEKA - TEKI ~ Lagi perkongsian gambar Lindsay mengenai Islam

Foto dipetik dari laman instagram Lindsay Lohan. 

SEJAK akhir-akhir ini, nama Lindsay Lohan terus menjadi bualan, sementelah muncul spekulasi dirinya sudah memeluk Islam. 

Kenyataan itu terus diperkuat apabila Lohan memadamkan kesemua gambar-gambarnya di Instagram.

 Setelah lama Instagramnya sunyi, namun minggu lalu Lohan memuat naik sekeping gambar lawatannya di Turki.

 Rentetan itu, satu persatu gambarnya di sana dimuat naik untuk tatapan peminatnya di laman sosial itu.

 Biarpun baru lima keping gambar yang dimuat naik, namun kesemuanya berkisar mengenai kehidupan ‘baharunya’.

 Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi mengenai dirinya sama ada benar-benar sudah memeluk Islam atau sekadar mendalami ilmu Islam.

 Sebelum ini, Lohan turut berkongsi sekeping gambar dengan kapsyen sepotong hadis di Instagramnya yang berbunyi;

 “Apakah tindakan yang paling baik? Untuk menggembirakan hati manusia, untuk memberi makan yang lapar, untuk membantu yang tertindas, untuk meringankan kesedihan yang sedih, dan untuk menghapuskan penderitaan yang cedera. "(Bukhari). 

Sebaik memuat naik gambar tersebut, Lohan terus dihujani komen-komen yang kebanyakannya mendoakan agar dia terus diberi hidayah.

 Gambar tersebut seolah-olah menggambarkan Lohan diundang menjadi tetamu untuk sebuah program berbentuk Islamik.[SH]

0 comments: