#TAHNIAH ~ Raja Ilya Ke Hollywood, Bintangi Filem Terbitan Marvel Studio

Pelakon Raja Ilya bakal ke Hollywood untuk membintangi sebuah filem aksi terbitan Marvel Studios, hujung tahun ini.

 Raja Ilya, 31, akan menjalani latihan selama lapan bulan di Indonesia bersama pelakon dan pelatih seni mempertahankan diri Yayan Ruhian sebelum memulakan penggambaran filem itu.

 “Rakan baik saya di Indonesia yang memperkenalkan saya kepada syarikat produksi terbabit dan peluang yang diberikan itu membuatkan saya berasa amat teruja.

 “Mulai bulan depan saya akan membuat persediaan dari segi mental dan fizikal untuk ke peringkat pemilihan filem itu yang akan diadakan nanti.

 "Saya juga akan berlatih seni mempertahankan diri kerana ia adalah filem aksi,” katanya.

 Bagaimanapun, Raja Ilya belum bersedia untuk mendedahkan secara terperinci mengenai filem itu kerana judul filem itu juga belum diputuskan.

 Raja Ilya berkata, sekiranya terpilih berlakon dalam filem itu, dia yakin dapat memberikan lakonan terbaik.

 Sumber: Harian Metro

No comments