Wednesday, February 8, 2017

#TAHNIAH ~ Feeya Iskandar Selamat Bersalin Anak Lelaki

Tahniah kami ucapkan kepada penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar ataupun mesra disapa Cik Piah yang selamat melahirkan cahaya mata pertama beliau semalam.

Feeya melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 2.8 kilogram kira-kira jam 11.03 minit pagi di Sri Kota Specialist Medical Centre, Klang.

Feeya dan suaminya sepakat untuk menamakan anak mereka Adam Malique.

Berita gembira itu diumumkan oleh Feeya sendiri menerusi akaun Instagramnya.

Ini dia cinta hati Cik Piah dan @wnurashidwahab nama diberi Adam Malique. 7/2/2017 tepat jam 11.03 pagi, lahirlah bayi lelaki seberat 2.8kg secara normal, dan tiada jahitan. Syukur, proses bersalin dipermudahkan… Terima kasih Ya Allah, terima kasih suami yang menemani sepanjang di dalam labour room, terima kasih mak abah, keluarga, keluarga mertua, sedara mara, sahabat-sahabat, tak lupa peminat-peminat kerana mendoakan Cik Piah. 

Semoga Feeya dan suaminya dilimpahi dengan kebahagiaan yang lebih lagi dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka.[beautifulnara]

0 comments: