#SERASI ~ Muncul Lagu Duet: Amar, Amyra Tak Kisah Dikritik

SEJAK mendirikan rumah tangga 11 November tahun lalu, rezeki pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli nampaknya semakin mencurah-curah.

 Terbaharu, pasangan ini telah melancarkan lagu duet mereka iaitu, ‘Kisah Cinta Kita‘ ciptaan DJ Fuzz dan Zah Amirul dengan lirik oleh Adik Viral.

 Menurut Amar, dia setuju menerima untuk menyanyikan lagu itu kerana merasakan mampu selain merasakan lagu itu sedap didengar.

 Dalam pada itu, Amar akui dia dan Amyra tidak ambil peduli kritikan orang mengenai pembabitan mereka dalam bidang nyanyian.

 “Kami anggap peluang yang datang ini sebagai rezeki kerana kami rasa mampu untuk melakukannya kerana ia merupakan satu lagu yang sedap untuk didengar.

 “Sejujurnya kami telah sedia untuk menerima apa saja kata orang terhadap pembabitan kami dalam bidang nyanyian kerana orang boleh cakap apa saja tetapi kami sudah melakukan yang terbaik.

 “Jika diikutkan dengan situasi sekarang, ramai juga penyanyi yang berlakon dan pelakon pula cuba jadi menyanyi.

 “Sekurang-kurangnya kami boleh mewarnai industri nyanyian berbanding mereka yang asyik nak mengata sahaja,” katanya kepada Astro Gempak.

 Pun begitu, mereka turut berharap kehadiran mereka dalam dunia nyanyian tidak disalah anggap oleh penyanyi yang mencari rezeki dalam nyanyian sepenuhnya.

No comments