#RISIKO ~ Adab bergurau zaman viral..fikir akibatnya sebelum buat

BERGURAU zaman viral bahaya.

 Bak kata pepatah Melayu, rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

 Jika kita maksudkan tujuannya A tapi orang ingat B, orang lain pula mungkin fikir C dan ada juga pendapat lain fikir Z terus.

Jadi itulah bahayanya gurau zaman viral ini.

 Seperti yang berlaku minggu lalu.

Mula-mula Gempal nak cerita mengenai gurauan Shah dari kumpulan Tapaw. Dia edit pada sijil kelahiran anaknya dengan meletakkan nama Muhammad Putra Naruto.

Maka ramailah netizen yang mengkritik kerana memberikan nama yang tidak baik pada anak.

 Mengakui dia tersilap gurau, Shah tampil memberikan penjelasan mengenai nama anaknya itu di portal Media Hiburan.

 Menurut bekas peserta program realiti Bintang Mencari Bintang ini;

 “Sebenarnya, perkara yang dikongsi itu tidak betul. Gambar tersebut telah pun disunting dan hanyalah gurauan semata-mata di kalangan adik-beradik. Nama sebenar anak kedua saya ialah Muhammad Putra Iyyad.
 “Pada awalnya, saya memang terfikir untuk meletakkan nama anak saya Naruto, namun saya mendapat bantahan kerana tidak membawa maksud yang baik. Jadi saya nak juga muatnaik ke laman Instagram,” kata Shah. 

 Gurauan Shah tak fasal-fasal dia dapat kecaman percuma daripada netizen.

 Kisah gurauan yang kedua adalah lebih hebat lagi iaitu gurauan berkahwin buat kali yang ketiga.

 Gempal menerima kiriman screen shot daripada peminat berkongsi cerita dan gambar bahawa isteri pertama Ustaz Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre telah berkahwin lagi buat kali ketiga.

Sementara Salima pula isteri keduanya merupakan seorang selebriti. Dan apabila kisah ini disiarkan terus menjadi viral.

 Namun apa yang menariknya di sebalik cerita tersebut adalah Salima menafikan kenyataan madunya bahawa suami mereka berkahwin lagi buat kali ketiga.

 Ini yang ditulis oleh Salima “Assalamualaikum. Gambar dan statement ini adalah palsu, saya sebagai isteri Kedua Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre mengesahkan berita ini palsu mewakili suami dan juga isteri pertama. Gambar ini diupload atas dasar gurauan tanpa pihak isteri pertama menyangka gurauan itu akan menjadi viral.” 

 Berita penafian ini juga telah menjadi viral.

Pelbagai pendapat yang diberikan dan kebanyakan komen yang diterima mengatakan bahawa berita gurauan seperti ini tidak sepatutnya berlaku.

 Justeru, dalam zaman serta viral ini, apakah adabnya jika hendak bergurau?

 Mudah sahaja, bagi Gempal jika hendak bergurau biarlah bertempat, fikir semasak-masaknya sebelum upload sesuatu dan fikirkan pro dan kontranya terutama jika anda adalah seorang selebriti.

 Melainkan jika anda sanggup menerima kecaman netizen maka silalah bergurau seperti mana yang anda mahukan.

 Jika dah viral sendiri tanggunglah ya.[SH]

No comments