#REDHA ~ Bekas Suami Tidak Hadir, Elly Mazlein Urus Majlis Aqiqah Anak Sendirian

Penyanyi lagu Bungaku Bakawali, Elly Mazlein menguruskan majlis aqiqah anaknya, Putri Sara Sefhia berseorangan tanpa kehadiran bekas suaminya, pengarah Azmi Hatta.

 “Saya sudah lama berhasrat untuk mengadakan majlis ini tetapi baru sekarang ada ruang dan rezeki untuk saya meraikan Sefhia.

Saya uruskan persediaan seorang diri, tetapi saya sangat bersyukur kerana ramai yang membantu.

 “Sebenarnya, majlis ini dirancang oleh bapa Sefhia.

Malangnya, sehingga Sefhia berusia 11 bulan, masih belum ada khabar berita dan perkembangan mengenai perancangan tersebut.

Jadi, biarlah saya selesaikannya sendiri.

 “Dia sendiri tidak menghadirkan diri di majlis ini. Saya sudah memaklumkan menerusi laman sosial Instagram.

Sepatutnya dia tahu mengenai perkara ini tetapi tiada sebarang respon dari bekas suami.

 “Alhamdulillah, akhirnya majlis ini berjalan lancar. Semuanya berjalan dengan baik.

Saya sangat berterima kasih kepada pihak yang membantu, sebagai contoh pihak Damalee Wedding yang memberi tajaan pelamin aqiqah Sefhia, pihak Aryana Candy Buffet untuk candy buffet dan Kisses.co untuk belon dan banyak lagi,” kata Elly kepada Astro Gempak.

 Ditemui di majlis aqiqah Sefhia, Elly juga sempat bercerita mengenai perkembangan terbarunya yang kini tampil dengan produk kecantikan sendiri.

 “Insya-Allah, saya bakal muncul dengan sabun kecantikan yang diberi nama Lina Pom Poms Soap.

Sabun tersebut bakal dijual dengan harga mampu milik, RM24.90 sahaja.

 “Walaupun produk tersebut belum lagi dilancarkan secara rasmi, saya sudah berjaya mengumpul 50 orang stokis yang berminat ingin memasarkan produk saya,” katanya lagi.[Astro Gempak]

No comments