Wednesday, February 15, 2017

#PENANGAN GOBLIN ~ 1,500 Tiket Lee Dong Wook Habis Jual Dalam 60 Saat

HANGAT… Sesi ramah mesra pelakon kacak Korea Selatan, Lee Dong Wook bersama peminat menyaksikan sebanyak 1,500 keping habis dijual dalam masa 1 minit pada 10 Februari lalu.

 Acara yang dinamakan sebagai ‘4 My Fans’ itu merupakan sesi perjumpaan pelakon drama bersiri Goblin ini yang akan diadakan di Bluesquare Samsung Card Hall di Seoul pada 12 Mac depan.

 Menurut laman hiburan negara itu, tiket yang dijual menerusi atas talian laris berikutan penangan Dong Wook dalam drama bersiri Goblin sebagai Grim Reaper bergandingan dengan Gong Yoo yang memegang watak Kim Shin.

DRAMA BERSIRI GOBLIN

LEE DONG WOOK 

Meskipun tiket telah habis terjual, nama Lee Dong Wook dan ‘Lee Dong Wook fan meeting’ turut menjadi kata kunci yang paling banyak dicari menerusi laman carian internet negara ‘kimchi’ itu.

 Dalam pada itu, Dong Wook juga dikatakan bakal mengadakan siri jelajah di beberapa negara Asia untuk bertemu peminatnya bermula April depan.

 Pihak pengurusan Dong Wook iaitu King Kong Entertainment mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan keprihatinan terhadap aktor tersebut.

 “Sudah lama Lee Dong Wook tidak bertemu dengan peminatnya, kami akan melakukan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak supaya masing-masing dapat mencipta memori indah dan menggembirakan.” – MYNEWSHUB.CC

0 comments: