Monday, February 27, 2017

#PASANGAN ROMANTIS ~ Persandingan ulang tahun perkahwinan Shuib-Sarah meriah

PASANGAN romantis, Shuib dan Siti Sarah telah meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam dengan upacara persandingan.

 Majlis serba mewah dan meriah ini diadakan di Bora Ombak Marina, Putrajaya dan dihadiri kira-kira 800 tetamu.

 Pasangan yang mempunyai tiga cahayamata ini masuk ke dewan sambil diiringi nyanyian lagu My Baby You oleh Syamel diikuti selawat oleh Imam Muda Asyraf dan bacaan doa oleh Datuk Dr Fazillah Kamsah.

 Dalam majlis berkenaan, Shuib sempat membuat kejutan dengan menyanyikan lagu yang dicipta sendiri buat isteri tercinta berjudul Aku Lelaki Mu.

 Dia kemudiannya turut menyampaikan ucapan romantis sebelum menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Sarah.

 Lebih istimewa cincin tersebut di bawa sendiri anak sulung pasangan ini ke pelamin.

 Antara rakan hadir yang turut hadir dalam majlis ini adalah pasangan pengantin baru, Jep dan Sari Yanti, Zarul Umbrella, Zur Eda, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Fad Bocey dan ramai lagi.[SH]

0 comments: