Friday, February 10, 2017

#KASIH ~ Madonna Ambil Pasangan Kembar Sebagai Anak Angkat

Madonna bersama dua anak angkat baharunya, pasangan kembar Esther dan Stella. Foto Instagram @madonna 

 PENYANYI terkenal Madonna mengumumkan ahli keluarganya kini bertambah apabila mengambil sepasang kembar dari Malawi sebagai anak angkat.

 Madonna turut memuat naik gambar pasangan kembar itu yang dikenali sebagai Esther dan Stella dan memberitahu bersyukur proses mengambil kanak-kanak berkenaan sudah pun selesai.

 "Gembira untuk saya maklumkan mereka kini adalah sebahagian daripada keluarga saya," katanya seperti dilaporkan E! Online.

 Dua minggu lalu Madonna menerusi pengurusnya menafikan sedang dalam proses mengambil anak angkat selepas berita berkenaan tersebar luas.

 Penyanyi berusia 58 tahun itu sebelum ini pernah mengambil dua anak angkat dari Malawi iaitu David Banda dan Mercy James yang kedua-duanya berusia 11 tahun.

 Madonna juga mempunyai dua anak kandung iaitu Lourdes Maria Ciccone Leon, 20 dan Rocco Ritchie, 17 tahun.[mStar]

0 comments: