Wednesday, February 1, 2017

#HOT ~ Fattah Amin & Neelofa Kembali Bersatu

Berita baik buat para peminat Lofattah kerana pelakon kesayangan mereka ini kembali bersatu.

 Selepas fenomena drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot, aktor Fattah Amin dan aktres Neelofa bakal digandingkan sekali lagi dalam satu projek terbaharu.

 Serasi menerusi watak Ejaz dan Warda, mereka bakal membawakan watak baru dalam projek drama bersiri terbaru berdurasi 24 episod.

 “Insya-Allah, saya dan Fattah akan sekali lagi bergandingan dalam drama bersiri terbaru.

Saya telah menerima tawaran ini selepas tamatnya Suri Hati Mr. Pilot dulu dan sebagai seorang pelakon, saya tiada masalah untuk bergandingan semula dengan Fattah.

 “Lagipun, kami tak bergaduh atau bermasam muka.

Proses penggambaran drama bersiri itu akan bermula pada Mac hadapan.

Mengenai jalan cerita dan watak, perkara tersebut akan diberitahu kelak,” kata Neelofa kepada Astro Gempak.

 Bakal menyambut hari lahir ke-28 pada 10 Februari ini, Neelofa juga mendedahkan yang dia bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.

 “Usia saya bakal menginjak ke angka 28.

Sejujurnya, saya sememangnya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab menjadi seorang isteri.

Namun begitu, masih belum ada jodoh.

 “Saya hanya mampu berdoa agar segalanya dipermudahkan.

Jodoh, ajal, maut dan pertemuan semuanya terletak di tangan Allah, saya hanya mengikut sahaja ketentuan takdir.

Apa yang penting, saya mengharapkan doa yang baik-baik dari peminat saya,” katanya lagi.[Astro Gempak]

0 comments: