#AURA ~ Usop Mentor Milenia, Fenomena Terbaru Dunia Nyanyian Malaysia

Disenangi kerana sifat kelakar, selamba serta kemantapan vokalnya ketika menyanyi, nama Usop daripada program realiti Mentor Milenia menjadi viral dan popular hanya dalam sekelip mata.

 Usop yang berasal dari Kulim, Kedah mula memikat hati penonton ketika beliau menyampaikan lagu Permata Cinta nyanyian asal Aiman Tino pada konsert pengenalan Mentor Milenia baru-baru ini.

Sambutan yang diberikan agak luar biasa daripada penonton yang menyatakan beliau mampu membawakan lagu itu dengan baik.

Untuk pengetahuan anda, Usop adalah anak didik mentor Hazama dan merupakan peserta pilihan pertama beliau.

 Berikut dibawah antara video nyanyian Usop.

 Sekali pandang, memang anda tidak sangka Usop sebenarnya mempunyai suara yang mantap dapat menyanyi dengan baik.

Itulah kata orang, rupa bukan segala-galanya tetapi bakat yang ada itu penting.

Memang gempak habis Ucop ni kan?

 Credit :beautifulnara

No comments