#ANUGERAH OSCAR 2017 ~ Penyampai 'tersilap' umum pemenang

Produser Jordan Horowitz (kiri) mengumumkan Moonlight sebagai Filem Terbaik disaksikan Warren Beatty (tengah) dan pengacara Jimmy 

 Los Angeles : “Ini bukan lawak. Moonlight menang Filem Terbaik,” kata penerbit filem La La Land, Jordan Horowitz kepada penonton selepas penyampai, Warren Beatty tersalah umum La La Land sebagai pemenang kategori itu di Anugerah Akademi ke-89 yang berlangsung di Dolby Theatre, Hollywood, di sini, hari ini.

 Ketika itu pasukan produksi La La Land yang diketuai Horowitz sudah menaiki pentas untuk menyampaikan ucapan kemenangan, namun terpaksa turun semula apabila menyedari ia adalah kemenangan untuk filem Moonlight.

 Bagaiamanapun, La La Land arahan Damien Chazelle yang mendominasi sebanyak 14 pencalonan tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi dua kategori utama iaitu Pengarah Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi Emma Stone.

 Selain itu, ia turut memenangi tiga lagi kategori teknikal iaitu Rekaan Produksi Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Skor Asal Terbaik.

 Casey Affleck pula menang kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Manchester By The Sea.

 Pelakon Mahershala Ali yang baru kali pertama dicalonkan berjaya memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Moonlight,manakala kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dimenangi Viola Davis menerusi filem Fences.

 Anugerah Akademi atau Oscars juga bersiaran secara langsung dan eksklusif menerusi HBO di saluran (Astro salur411/431) dan Astro On The Go.

 Ia bermula dengan acara karpet merah Oscar secara langsung dari jam 8 pagi (waktu Malaysia) diikuti majlis penganugerahan pada jam 9.30 pagi.

 Siaran ulangan Anugerah Oscar juga boleh ditonton jam 7 dan 8 malam ini di saluran yang sama.

 Acara ini menampilkan hos terkenal Jimmy Kimmel selaku pengacara. 

Senarai Pemenang anugerah utama: 

 Filem Terbaik : Moonlight

 Pengarah Terbaik : Damien Chazelle (La La Land)

 Pelakon Lelaki Terbaik : Casey Affleck (Manchester by the Sea)

 Pelakon Wanita Terbaik : Emma Stone (La La Land)

 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Mahershala Ali (Moonlight)

 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Viola Davis (Fences)

 Filem Animasi Terbaik : Zootopia (Byron Howard, Rich Moore and Clark Spencer)

 Lakon Layar Asal Terbaik : Manchester by the Sea (Kenneth Lonergan)

 Sinematografi Terbaik : La La Land ( Linus Sandgren)

 Solekan dan dandanan Rambut Terbaik : Suicide Squad (Alessandro Bertolazzi, Giorgio Gregorini and Christopher Nelson)

 Rekaan Kostum Terbaik : Fantastic Beasts and Where to Find Them (Colleen Atwood)[myMetro]

No comments