#TERKINI ~ Disney umum tajuk filem terbaru Star Wars:The Last Jedi

Star Wars: The Last Jedi' -Foto sumber Twitter @starwars 

DISNEY mengumumkan tajuk terbaru untuk francais saga filem Star Wars, iaitu 'Star Wars: The Last Jedi' semalam.

 Pengumuman tersebut dibuat melalui akaun Twitter milik Disney, @starwars dan sebuah poster 'teaser' juga dimuatnaik.

 Poster tersebut membuatkan peminat tertanya-tanya selepas warna tulisan ikonik 'Star Wars' yang berwarna kuning telah diubah menjadi merah.

 Perubahan mendadak tersebut membuatkan beberapa pihak membuat teori masing-masing, antaranya mengatakan watak utama saga berkenaan,

Luke Skywalker yang dilakonkan oleh Mark Hamill kini dalam bahaya.

 Episod kelapan dari siri francais tersebut sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat Star Wars selepas episod ketujuh, 'Star Wars: The Force Awakens' yang ditayangkan pada 2015 berjaya memunggut lebih AS$2 bilion di pawagam seluruh dunia.

 Filem 'spin-off' Star Wars, 'Rogue One: A Star Wars Story' yang ditayangkan baru-baru ini berjaya memungut lebih AS$1 bilion di seluruh dunia.

 'Star Wars: The Last Jedi' yang juga menampilkan Daisy Ridley, Adam Driver dan John Boyega dijadualkan bertemu peminat pada 15 Disember tahun ini.

No comments