#TANDA TANYA ~ Betul Ke Lindsay Lohan Dah Peluk Islam?

TINDAKAN pelakon terkenal Hollywood, Lindsay Lohan yang meninggalkan pesanan ‘Alaikum salam’ di bio Instagramnya baru-baru ini menimbulkan persoalan peminat dan netizen sehingga ada yang menganggap aktres itu sudah memeluk agama Islam.

 Baru-baru ini, Lindsay yang sebelum ini sering dikaitkan dengan kontroversi pengambilan dadah sejak usia belasan tahun dikatakan telah’membersihkan’ akaun sosial Twitter dan Instagramnya apabila setiap gambar yang dimuat naiknya dipadam.
Kini, kedua-dua akaun Twitter dan Instagramnya sudah kosong dan hanya mempunyai sekeping gambar wajahnya berona hitam dan putih.

 Netizen yang beragama Islam nampaknya menyambut baik jika benar Lindsay sudah memeluk agama Islam dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

 “Kami gembira Lindsay menerima Islam. Semoga Allah membimbing dan memberkatinya,” twit seorang wanita.

 “Saya dengar Lindsay Lohan sudah memeluk agama Islam? Jika benar, Alhamdulillah. Semoga Allah tunjukkan dia jalan yang benar,” kata netizen.

 ARTIKEL BERKAITAN :#KEMUSYKILAN ~ Status Agama Lindsay Lohan Cetus Tanda Tanya

Pelakon dan penyanyi berusia 30 tahun itu dikatakan mula mempelajari agama Islam beberapa tahun lalu dan pertama kali dia dilihat memegang naskhah suci Al-Quran pada 2015 ketika menjalankan khidmat masyarakat di Brooklyn, New York.

 Lindsay sebelum ini dilaporkan telah mempelajari Bahasa Arab serta menghabiskan banyak masa di kem-kem pelarian Syria di Turki.

 Jelasnya, mesej yang ditinggalkan Lindsay itu nyata menimbulkan spekulasi bahawa dia adakah benar dia sudah memeluk Islam ataupun sebaliknya.

 Bagaimanapun, pihak pengurusan pelakon Mean Girls itu enggan mengulas mengenai perkara tersebut. – MYNEWSHUB.CC

No comments