Thursday, January 19, 2017

#TAHNIAH ~ 'Hidup Dalam Mati', Antara Pemenang Anugerah Era Digital Muzik 2016

Syamel dengan trofi kemenangannya. FOTO: Instagram Era FM. 

 KUALA LUMPUR: Penyanyi Syamel menerusi lagu Hidup Dalam Mati diumumkan sebagai pemenang kategori Lagu Paling Lama Dalam Carta Era 40 pada Anugerah Era Digital Muzik 2016 yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), di sini, malam Rabu.

 Selain itu, penyanyi lagu Sejati, Faizal Tahir dipilih memenangi kategori Penyanyi Kolaborasi Terbaik 2016 menewaskan Juzzthin, Tasha Manshahar, Waris dan Yuna.

 Pemenang dipilih sepenuhnya menerusi undian peminat di laman web Era FM yang dibuka sejak 4 sehingga 17 Januari 2017.

Aiman Tino memenangi kategori Lagu Paling Emo 2016. 

Sementara kategori Lagu Paling Emo 2016 dimenangi menerusi karya Ku Rela Dibenci nyanyian Aiman Tino menewaskan empat lagu popular lain seperti Demi Cinta, Takkan Pergi, Sudah Ku Tahu dan Terakhir.

 Penyanyi lagu Nakal, Ayda Jebat memenangi kategori Temubual Tetamu Terbaik Carta Era 40.

 Manakala, kumpulan Colour of Voices memenangi kategori Penyanyi Harapan Baru Pilihan Digi 2016.

 Acara yang pertama kali dianjurkan oleh Era FM ini bersiaran secara langsung di laman web rasmi radio berkenaan.

 Acara berlangsung selama sejam itu dihoskan oleh pelawak Nabil Ahmad.

 Program itu turut dimeriahkan dengan persembahan Amira Othman, Khai Bahar, Altimet, Sufian Suhaimi dan Haqiem Rosli.[mStar]

0 comments: