#RAHSIANYA ~ Orang tak tahu yang Siti Nurhaliza ..........

RASANYA satu Malaysia telah mengenali siapa sebenarnya penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

 Tidaklah asing nama Datuk Siti Nurhaliza dalam industri seni tanah air kerana penyanyi anak jati negeri Pahang ini mula mencipta nama seawal usia 16 tahun dalam bidang nyanyian, dan merupakan antara individu paling disegani di Malaysia.

 Pelbagai kemenangan dan pengiktirafan telah pun dikecapi dalam bidang nyanyian malah sehingga kini Siti Nurhaliza terus aktif dan tidak dinafikan peminat sentiasa memberi sokongan penuh terhadapnya.

 Rasanya perkara di atas itu ramai yang sudah tahu, tapi tahukah anda apa yang Siti tidak suka?

 1. Lipas! Siti takut dan geli dengan serangga ini, lagi-lagi yang boleh terbang!

 2. Siti geli dengan semua bentuk yang berlubang-lubang seperti sarang tebuan.

 3. Siti sukakan makanan yang pedas-pedas. Jika tiada makanan pedas, dia mesti akan cari sampai dapat.

 4. Sebelum tidur Siti akan menggoyangkan kaki sehingga terlena.

 5. Siti sudah memiliki 16 buah album studio dan enam album rakaman konsert live. [Astro Awani]

No comments