Tuesday, January 17, 2017

#PENGAKUAN ~ Nasha Aziz Akui Tetap Bahagia Biarpun Solo

PELAKON dan model berpengalaman, Nasha Aziz yang masih single meskipun umurnya telah melebihi 40-an memberitahu dia selesa dengan kehidupannya sekarang walaupun berstatus solo.

 Pun begitu, pelakon filem Saya Bukan Spy ini menafikan bahawa dia menolak jodoh yang datang kepadanya dan menegaskan ada keluar bertemu janji dengan beberapa lelaki namun tiada yang berjaya mengetuk pintu hatinya.

 Nasha Akui Tetap Bahagia Biarpun Solo “Cuma saya ingin tegaskan, biarpun sendirian, saya tetap bahagia.

Tidak pernah langsung saya anggap hidup solo itu sebagai satu kekurangan.

 “Kebahagiaan bukan terletak kepada pasangan.

Bagi saya, kita perlu hargai apa yang Allah kurniakan kepada kita.

 “Bukan bermakna saya menolak jodoh kerana terus terang saya ada juga keluar dating.

Tetapi kebanyakan lelaki yang saya temui tidak serasi dan bertentangan dengan apa yang saya cari,” katanya kepada BH Plus. 

Seakan lali dengan soalan berkaitan jodoh daripada rakan-rakan artis mahupun peminat-peminatnya, Nasha sedikit pun tidak terasa hati dengan pertanyaan sebegitu malah menganggapnya sesuatu yang comel.

 Walau siapa pun jejaka pilihan Nasha, pasti peminat-peminatnya tetap akan menyokongnya dan mendoakan yang terbaik buatnya serta bertemu putera idaman yang dicari-cari. – MYNEWSHUB.CC

0 comments: