Tuesday, January 10, 2017

#PENDEDAHAN ~ Kim Kardashian Kongsi Saat Nyaris Ditembak Dari Belakang

HAMPIR empat bulan selepas kejadian rompakan melibatkan bintang realiti terkenal Kim Kardashian akhirnya mendedahkan yang dia nyaris ditembak dari arah belakang.

 Menerusi sedutan episod terbaharu program realitinya, Keeping Up With The Kardashians, buat pertama kali Kim membuka mulut dengan berkongsi detik mencemaskan ketika kejadian rompakan di Paris pada Oktober lalu.

 Dalam keadaan sedih dan menangis, Kim memberitahu keluarganya yang dia bimbang akan mati apabila perompak tersebut mengugut mahu menembaknya.

 “Mereka mahu menembak saya dari arah belakang dan tiada jalan keluar. Ini membuatkan saya sedih apabila memikirkan mengenainya,” katanya.

 Dailymail melaporkan isteri kepada penyanyi rap, Kanye West itu berdepan dengan saat mencemaskan apabila tangan dan kakinya diikat selepas bilik hotelnya di Paris dirompak lima lelaki bersenjata dan bertopeng yang berpakaian seperti pegawai polis.

 Dalam kejadian itu, Kim diletakkan di dalam tab mandi dengan mulutnya dibalut pita pelekat serta kepalanya diacukan pistol.

 Susulan kejadian itu, Kim kehilangan pelbagai barangan bernilai jutaan ringgit termasuk cincin berlian bernilai RM14.6 juta.

 Berikutan insiden itu, ramai menyalahkan Kim kerana suka menayangkan kemewahannya di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

0 comments: