Friday, January 6, 2017

#KEMUNCULAN BARU ~ Tahun 2017 Kebangkitan Semula Buat To'ki

To'Ki tampil dengan single terbaharu berjudul Bayati selepas 10 tahun menyepikan diri. Foto LOW BOON TAT 

 Penyanyi To'ki menganggap kedatangan 2017 sebagai tahun kebangkitannya dalam merancakkan kembali kariernya dalam industri seni.

 To'ki atau Mohd Zaki Mansur berkata, walaupun sudah 10 tahun tidak tampil dengan sebarang produk terbaharu namun dia yakin kemunculan semula dia akan diterima baik oleh peminat setianya.

 "Saya juga yakin peminat akan menerima baik kehadiran saya kerana kali ini saya datang dengan buah tangan terbaharu untuk peminat.

 "Kemunculan ini juga sebagai kebangkitan semula saya dalam bidang seni selepas 10 tahun tidak muncul dengan karya terbaharu.

 "Insya-Allah tahun 2017 akan menjadi pertaruhan untuk saya dalam melancarkan semula karier seni yang sudah lama tertangguh," katanya kepada mStar Online.

 To'ki turut memberitahu dia bakal melancarkan single terbaharunya yang berjudul Bayati pada akhir Januari ini.[mStar]

0 comments: