Saturday, January 14, 2017

#HOT ~ Selena Gomez Cium The Weeknd Di Khalayak

PENYANYI Selena Gomez mengesahkan sedang dilamun cinta dengan penyanyi The Weeknd apabila mereka tanpa segan silu bercium di khalayak.

 Seperti dipetik E! News, aksi kedua-dua penyanyi popular ini dirakam selepas mereka makan malam selama tiga jam di sebuah restoran di Los Angeles.

 Menerusi foto yang dirakam paparazi itu, Selena memeluk bekas kekasih Bella Hadid itu dari belakang dan mencium lelaki itu.

Gambar dirakam paparazi. 

 Menurut sumber, pasangan ini mendapatkan ruang khas untuk makan malam di restoran berkenaan dengan seorang pelayan khas.

 Tambahnya, pasangan ini baharu sahaja menunjukkan bibit-bibit cinta namun belum ke tahap serius.[mStar]

0 comments: