#HOT ~ “Kami Bukan Keluarga Selebriti Terkaya Di Malaysia” - Schawal

PELAKON dan pengacara Awal Ashaari menafikan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa dia dan keluarga merupakan antara keluarga selebriti terkaya di Malaysia.

 Ini semua kerana orang ramai melihat mereka sering kali ditawarkan menjadi duta produk beberapa jenama terkemuka.

 Namun Awal tidak menafikan kombinasi mereka anak-beranak sebenarnya memberikan pelbagai kelebihan.

 “Kami bertiga mungkin ada nilai tersendiri dan apabila digabungkan untuk kemunculan pada satu-satu masa, maka harga yang dibayar secara keseluruhan nampak mahal.

 “Tetapi kadang-kala ada pihak hanya meminta satu (publisiti), tetapi mendapat tiga sekali gus termasuk publisiti menerusi akaun Instagram kami,” katanya dipetik Malaysiakini.

 Menurut hos Melodi ini lagi menaja mereka tidaklah semahal menaja kelab-kelab bola sepak di luar sana. Dalam perkembangan terbaharu,

 Awal dan Scha baharu sahaja melancarkan produk wangian Bleu dan Maroon yang menggunakan intipati dari Dubai. – MYNEWSHUB.CC

No comments