#HOT ~ Faizul Sany Tegur Fattah Amin Agar Siapkan Diri Sebagai Penyanyi

Faizul Sany -Foto IG 

Penyanyi dan komposer Faizul Sany mengakui membuat teguran terbuka kepada individu yang mahu memasuki bidang nyanyian agar menyiapkan diri dengan ilmu berkaitan dalam industri.

 Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sany, 31, berkata, teguran itu juga secara tidak sengaja ditujukan kepada pelakon Fattah Amin dan beberapa artis lain yang muncul dalam industri muzik tanpa persediaan yang cukup.

 "Saya menghantar mesej itu kepada sesiapa sahaja dalam industri agar menyiapkan diri dahulu sebelum memasuki bidang nyanyian atau apa-apa bidang lain.

 "Ramai pekerja industri yang bekerja secara profesional, mereka ambil masa lama untuk asah bakat mereka sebelum keluar dikhalayak.

Jadi tolong persiapkan diri anda dahulu kemudian keluar dan menyanyilah dengan baik," ujarnya kepada mStar Online.

Faizul ditanya tentang kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Twitter minggu lalu yang didakwa menyindir nyanyian pelakon Fattah Amin selepas muncul dengan single pertama berjudul Wanita Terakhir.

Status Faizul dikatakan ditujukan kepada Fattah Amin. 

 Bagaimanapun, Faizul berkata, dia tidak berniat untuk menjatuhkan kerjaya nyanyian pelakon itu yang baharu ingin bermula.

 Jelas Faizul dia hanya ingin mengajak masyarakat berfikir bahawa bukan mudah untuk bekerja dalam industri.

Fattah Amin muncul single Wanita Terakhir. 

 "Saya gunakan hashtag #patah #amin juga sebagai cara agar mesej tersebut sampai kepada netizen, jika sekadar tweet ilmiah tiada siapa yang tertarik untuk baca.

 "Saya mahu mereka berfikir kami bekerja dalam industri bukan secara cincai sahaja, ia memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti," ujarnya.

 Sementara itu, Faizul berkata, dia kini aktif sebagai komposer dan penulis lirik untuk beberapa artis tempatan.

 Antara lagu ciptaanya ialah Hati-Hati & Jaga-Jaga nyanyian Amira Othman, Haiyaya (Elizad) dan Aku Suka (Mya Nana). [mStar]

No comments