#GOSIP ~ Faye Kusairi Nafi Nikah Februari, Rancang Lepas Aidilfitri

Pelakon Faye Kusairi mengakui dia sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin dengan kekasihnya iaitu pengarah Azmi Hatta selepas Hari Raya Aidilfiri depan.

 Bagaimanapun, Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 30, menafikan khabar angin bakal melangsungkan perkahwinan tersebut dalam masa terdekat ini seperti yang diperkatakan.
"Kami ada merancang untuk berkahwin Insya-Allah tahun ini tapi bukan bulan Februari kerana jadual saya padat dengan tiga buah drama yang sedang menjalani penggambaran.

 "Susah nak cari masa saya dan dia (Azmi) yang betul-betul sesuai.

Daripada segi persiapan pun kami tak buat apa-apa lagi kerana hari-hari sibuk buat persiapan penggambaran," ujarnya kepada mStar Online.

Faye ditemui pada majlis sidang media Tujuh Hari Mencintaiku di sini, Rabu.

 Terdahulu kisah kontroversi antara Faye Kusairi dan penyanyi Elly Mazlein mendapat liputan meluas media sehingga pelakon ini dikecam dengan pelbagai tuduhan netizen yang menganggap Faye menjadi orang ketiga punca perceraian Elly dan suaminya, pengarah drama, Azmi Hatta.

 Dalam pada itu, ditanya adakah dia menunggu kontroversi yang menimpa dirinya reda terlebih dahulu, Faye berkata, dia tidak memikirkan tentang perkara berkenaan.

 "Apa juga keputusan untuk berkahwin adalah hal peribadi saya dan saya buat apa juga yang saya rasa ia membuatkan saya gembira dan bukan untuk orang lain gembira," ujarnya.

 Sementara itu, aktres ini mengakui rakan-rakan pelakon dalam drama Tujuh Hari Mencintaiku banyak memberi sokongan dan memahami situasinya yang sednag dihimpit kontroversi ketika penggambaran dijalankan.

 Katanya, dia bersyukur perkara tersebut tidak menjejaskan fokusnya terhadap lakonan dalam drama berkenaan.

 "Sepanjang penggambaran drama itu saya dihimpit kontroversi dan keadaan kesihatan saya juga tidak baik.

Namun saya bersyukur apabila semua pelakon menganggap tiada apa-apa berlaku.

 "Ia membuatkan saya bersemangat untuk meneruskan penggambaran drama dan beri lakonan yang berkesan," ujarnya.[mStar]

No comments