#DOA ~ Kartunis Datuk Lat Dirawat Di ICU Kerana Masalah Jantung

IPOH: Kartunis tanah air, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai di sini dipercayai kerana masalah jantung.

 Adik beliau, pengarah filem Mamat Khalid ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

 "Abang saya dimasukkan ke ICU pagi tadi dan keadaannya ketika ini stabil," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

 Beliau berkata Lat, 65, dimasukkan ke hospital minggu lepas kerana masalah jantung namun dibenarkan keluar Selasa lalu, sebelum dimasukkan semula ke ICU pagi tadi.-- Bernama

No comments