Tuesday, January 10, 2017

#BUNTU ~ Pak Nil gagal jejaki Anita di Las Vegas

AZNIL (kiri) dan Anita Sarawak. - Foto NSTP 

 KUALA LUMPUR: Datuk Aznil Nawawi pernah berusaha menjejaki superstar, Anita Sarawak yang menghilangkan diri sejak tahun 2011, ketika pengacara popular itu membuat tugasan di Hollywood, Amerika Syarikat (AS), tahun lalu.

Aznil yang bekerja bersama Anita sebaik penyanyi bertaraf antarabangsa itu pulang dari AS pada tahun 2003 dan dilamar Astro, mengaku menghubungi adik superstar itu, Noorkumalasari dan pusat hiburan, Caesars Palace di Las Vegas, untuk bertanya mengenai Anita.

"Saya menghubungi Kak Noor (Noorkumalasari) untuk bertanya lanjut mengenai keadaan Kak Nita.

"Tapi Kak Noor tidak tahu keadaan kakaknya secara tepat.

Saya juga hubungi pengurusan Caesars Palace untuk bertanya mana-mana slot persembahan yang mungkin masih membabitkan Kak Nita.

"Ketika itu, dalam hati terfikir, kalau dipermudahkan dan dapat bertemu empat mata dengannya, sudah memadai.

"Dalam hati, saya berhasrat memujuk Kak Nita berkongsi cerita mengenai apa yang terjadi dan bagaimana keadaan terkininya.

Dapat tahu semua itupun sudah saya hargai sebagai orang berpangkat adik kepadanya," katanya kepada BH Online.[BH Online]

ARTIKEL BERKAITAN: #KEMBALILAH ~ Herman Tino harap Kak Nita pulang

0 comments: