Tuesday, October 25, 2016

#ANUGERAH MELODI 2016 ~ 10 Kategori Dipertandingkan Dan Akan Diadakan Disember Akan Datang

Pengacara Melodi iaitu Awal Ashaari turut dicalonkan dalam Anugereah Melodi yang akan berlangsung pada Disember depan. FOTO: MUHAMAD SHAHRIL ROSLI 

 KUALA LUMPUR: Program popular yang disiarkan di TV3 iaitu Melodi bakal meraikan ikon industri hiburan dengan memperkenalkan Anugerah Melodi 2016 yang akan berlangsung Disember depan.

 Penerbit Melodi, Michelle Wee berkata, anugerah itu diadakan bagi mengiktiraf hasil kerja dan pencapaian selebriti tempatan menerusi 10 kategori yang diperkenalkan.

 "Sebenarnya idea untuk mengadakan majlis anugerah ini sejak dua tahun lalu tetapi Alhamdulillah baru kini ia terlaksana.

 Anugerah Melodi 2016 diadakan bagi meraikan selebriti-selebriti termasuk penyanyi, pelakon, pengacara malah atlet sukan bagi memberi penghargaan kepada mereka," katanya kepada mStar Online.

 Anugerah Melodi 2016 bakal berlangsung pada 10 Disember depan akan berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

 Sebanyak 10 kategori dipertandingkan termasuk Personaliti Filem Melodi, Personaliti Muzik Melodi, Personaliti Drama Melodi, Personaliti Media Sosial dan trofi utama Personaliti Sensasi Melodi 2016.

 Anugerah utama itu bakal meraikan personaliti sensasi yang berpewatakan menarik, mempunyai aura, karisma dan daya tarikan selain mampu memberi inspirasi kepada masyarakat.

 Dalam pada itu, Michelle berkata, pemilihan pemenang akan ditentukan sepenuhnya oleh peminat menerusi undian yang dibuka bermula 31 Oktober hingga 30 November depan.

 Kata Michelle, pihaknya juga terlebih dahulu memilih calon lima terbaik untuk 10 kategori dipertandingkan berdasarkan pengaruh dan pencapain masing-masing.

 "Kami bukan sahaja melihat kepada pencapaian dan populariti mereka tetapi turut mengambil kira jumlah pengikut laman sosial dan komitmen mereka," katanya.

 Sementara itu, Michelle berkata, pihaknya mewujudkan kategori Personaliti Sukan Melodi kerana ingin memberi kelainan disamping mahu mengangkat dan menghargai mereka yang banyak mengharumkan nama negara di peringkat global. "Golongan atlet sebenarnya adalah selebriti dan mereka mempunyai ramai pengikut.

 "Kategori ini satu kelainan dan pada masa sama dapat memberi penghargaan kepada mereka yang telah banyak mengharumkan nama negara," jelasnya.

 Undian boleh dibuat menerusi www.anugerahmelodi.com.my 

 Berikut adalah senarai kategori dan pencalonan Anugerah Melodi 2016 

 1. Personaliti Filem Melodi 

Shaheizy Sam 
Zizan Razak 
Syamsul Yusof 
Nabila Huda 
Bront Palarae 

 2. Personaliti Muzik Melodi 

Yuna 
Faizal Tahir 
Akim Ahmad 
Ayda Jebat 
Shila Amzah 

 3. Personaliti Drama Melodi 

Saharul Ridzwan 
Mira Filzah 
Janna Nick 
Fattah Amin 
Amyra Rosli 

 4. Personaliti Pengacaraan Melodi 

Awal Ashaari 
Fauziah Ahmad Daud 
Alif Satar 
Neelofa 
Datuk Rosyam Nor 

 5. Personaliti Sukan Melodi 

Datuk Lee Chong Wei 
Pandelela Rinong 
Abdul Latif Romly 
Ridzuan Puzi 
Muhammad Ziyad Zolkifli 

6. Personaliti Komedi Melodi 

Abam 
Achey 
Mark Adam 
Ebby Yus 
Jep Sepahtu 

 7. Personaliti Pasangan Sensasi Melodi 

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin 
Awal Ashaari & Scha Alyahya 
Zain Saidin & Rozita Che Wan 
Yusry Abdul Halim & Lisa Surihani 
Akim & Stacy 

 8. Personaliti Media Sosial Melodi 

Nelydia Senrose 
Nora Danish 
Emma Maembong 
Ayda Jebat
 Zizan Razak 

 9. Personaliti Fesyen Melodi 

Wak Doyok 
Nazim Othman 
Rozita Che Wan 
Fazura 
Zahirah McWilson 

 10. Personaliti Sensasi Melodi 2016 

Sharnaaz Ahmad 
Mira Filzah 
Janna Nick 
Ayda Jebat 
Zizan Razak

-mStar-

1 comments:

PAk JUSTAN DI BATANG said...

Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL