Thursday, August 11, 2016

#AL FATIHAH ~ Pelawak Veteran,Pak Piee Meninggal Dunia

PELAWAK dan pelakon terkenal, Shafiee Jaafar, 85 atau lebih dikenali sebagai Piee meninggal dunia jam 9 malam tadi.

Arwah yang terkenal dengan filem berkisahkan masyarakat negeri ini meninggal dunia akibat sakit tua.

Piee yang terkenal dengan loghat utaranya itu menghembuskan nafas terakhirnya ketika berada di rumah anak perempuannya di Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Rakan karib arwah yang juga pengiat budaya, Omar M Hashim atau lebih dikenali sebagai Omara berkata, kematian Pak Piee dimaklumkan oleh anak perempuannya yang menghubungi beliau sebentar tadi.

"Anak arwah menghubungi saya untuk memaklumkan mengenai kematian arwah dan kini urusan menguruskan jenazah sedang dibuat anaknya itu," katanya ketika dihubungi tadi.

Difahamkan, arwah akan dikebumikan esok selepas solat Jumaat.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Teluk Bahang dan kebumikan di Teluk Bahang.

Pada Mac lalu, walaupun kesihatannya terganggu, Piee yang pernah membintangi beberapa filem termasuk Anak Mami, Mami Jarum, Mami Jarum Junior dan Nana Tanjung itu dikhabarkan meninggal dunia namun berita itu hanya palsu.

Ogos tahun lalu, Piee pernah dikatakan meninggal dunia sedangkan dia dirawat di Hospital Kepala Batas akibat kesejukan melampau dan jangkitan kuman pada paru-paru.[SH]

0 comments: