#GEMPAR ~ Gitaris Aerosmith Pengsan Ketika Buat Persembahan

CONEY ISLAND- BROOKLYN. Gitaris kumpulan Aerosmith, Joe Perry, dimasukkan ke hospital selepas pengsan ketika membuat persembahan di New York pada Ahad lalu.

 Perry, 65, yang sedang bermain gitar bersama-sama dengan band Hollywood Vampire dan penyanyi rock Alice Cooper, tiba-tiba rebah lantas pengsan di atas pentas.

 Akaun rasmi Facebook Cooper dipetik sebagai berkata, Perry kelihatan kurang sihat sebelum mereka membuat persembahan.

 Pegawai hospital tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan keadaan Perry.

ABC News melaporkan bahawa para pegawai hospital mengesahkan bahawa Perry sedang dirawat di bilik kecemasan.[SH]

No comments