#TAHNIAH~ Hanis Zalikha Selamat Melahirkan Anak Sulung

Bekas blogger terkenal yang juga merupakan pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha telah selamat melahirkan anak lelaki.

 Kegembiraan memperoleh cahaya mata pertama itu telah dikongsikan oleh suaminya, Hairul Azreen, di laman Instagram miliknya.

 "Alhamdulillah Jumaat, tepat jam 8.17 malam isteri saya selamat melahirkan zuriat kami yang pertama syukur ke hadrat Ilahi," tulisnya sambil menyatakan anaknya itu dinamakan sebagai Yusuf Iskandar.

 Anak pertama pasangan ini dilahirkan dengan berat 3.85 kilogram dalam keadaan sihat walafiat.

 Hairul dalam pada itu meminta peminat mendoakan yang baik untuk anaknya itu. - Siakapkeli.my

No comments