#IMEJ~Demi Cantik, Aznil Nawawi Berhabis RM4K Sebulan

PENGACARA no.1 Malaysia, Datuk Aznil Nawawi mendedahkan dia menghabiskan kira-kira RM4,000 setiap bulan untuk wajahnya bagi mendapatkan pelbagai rawatan kecantikan.

 Pada masa sama, Aznil menepis dakwaan dia pernah melakukan suntikan botoks pada wajahnya untuk tampil muda daripada usia sebenar.
“Orang kata saya pakai botoks pada wajah, tapi cuba tengok betul-betul wajah saya ada kedutan dan mempunyai reaksi.

Jika saya guna botoks, muka akan jadi tegang dan tidak boleh memberi reaksi sedih atau gembira.

 “Saya akui membuat beberapa rawatan wajah seperti dermatologi, oksigen dan mengambil vitamin yang boleh dikira berjumlah RM4,000 sebulan,” ujarnya kepada mStar Online.

 Dalam perkembangan lain, Aznil baru-baru ini melancarkan produk kosmetik Anell by Aznil Nawawi.

 Produk yang dijual serendah RM199 itu merupakan kerjasama Aznil bersama rakan kongsinya Aisyah Nik Jaafar. – MYNEWSHUB.CC

No comments