Wednesday, May 25, 2016

#HOT~Sharifah Haslinda tarik balik permohonan cerai

PELAKON Sharifah Haslinda menarik balik permohonan cerai yang difailkan terhadap suaminya Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

 Notis penarikan balik itu difailkan melalui peguamnya Ummi Kartini Abd Latif di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, hari ini.

 Pada prosiding sebutan kes itu, Sharifah Haslinda dan Reezal Marican tidak hadir ke mahkamah.

 Ummi Kartini memaklumkan, anak guamnya berhasrat untuk menarik balik permohonan cerai itu kerana sedang meneruskan perbincangan lanjut dengan defendan (suami).

 Ummi Kartini berkata, plaintif berhasrat menarik semula kes itu dan telah memaklumkan defendan mengenai perkara tersebut.

 "Plaintif berhasrat untuk menarik semula kes dengan kebebasan untuk memfailkan semula," katanya.

 Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin kemudiannya meluluskan permohonan palintif mengikut Seksyen 96 Akta Tatacara Mal 2003 dengan kebebasan untuk memfailkan semula namun atas alasan dan fakta yang berbeza.

 Sharifah Haslinda atau nama sebenarnya Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar, 43, memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 pada 1 Oktober lalu.

 Pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Lynn mendirikan rumah tangga dengan ahli Parlimen Kepala Batas itu pada tahun 2005 sebagai isteri kedua dan dikurniakan empat cahaya mata.[SH]

0 comments: