#PANAS~Che Ta Dikecam Netizen Kerana Memakai Jeans Koyak Di Lutut Pula

Sebelum ini Rozita Che Wan mungkin dikritik kerana memakaikan anaknya baju bergambar anjing, kini beliau sekali lagi mengundang kemarahan orang ramai dengan memuat naik sekeping gambar di akaun Instagramnya yang menunjukan beliau memakai seluar jeans koyak dibahagian lutut.
Tindakan itu sekaligus membuatkan ruangan komen dibanjiri ratusan komen mengecam gaya pemakaian pelakon itu yang dilihat sangatlah tidak bersesuaian dengan imejnya yang kini sudah bertudung.

Malah ada juga yang berpendapat, jika beliau memakai legging sekali pun tidak perlu memakai warna yang seakan warna kulit.

 Rata-rata orang ramai mempersoalkan tindakan Che Ta yang hanya menutup bahagian atas badannya sahaja tetapi tidak pada bahagian kakinya yang terdedah hingga menampakkan warna kulit.

Tidak kurang juga sebahagian daripada peminatnya cuba befikiran positif dengan menyangka ianya hanyalah stokin sehingga wujud pergaduhan sesama mereka.

 Buat masa ini, Che Ta masih tidak memadam gambar tersebut dan dibiarkan sahaja di akaun Instagramnya.

Tetapi apa pun, diharap Che Ta mempunyai penjelasan disebalik gambar yang penuh kontorversi ini.

Sama-sama kita menunggu komen Che Ta selepas ini. (rkty/w)

No comments