Friday, April 1, 2016

#HOT~Aktor Tony Eusoff Didakwa Miliki Ganja Di Singapura

PETALING JAYA: Pelakon Tony Eusoff (gambar) dihadapkan ke sebuah mahkamah di Singapura pada Khamis selepas dipercayai memiliki dadah.

 Berita Harian Singapura versi dalam taliannya pada Jumaat melaporkan, pelakon itu yang nama sebnarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 38, didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A, Akta Penyalahgunaan Dadah.

 Portal itu dalam laporannya turut menyebut Tony dipercayai memiliki satu paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja.

 Dia didakwa memiliki dadah itu di balai ketibaan bas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 12 Mac lalu.

 Pelakon kelahiran Sarawak itu dikatakan berada di Singapura untuk menjalani penggambaran drama The Hush terbitan Weiyu Films, yang difahamkan bakal ditayangkan mulai bulan depan.

 Tony pernah memainkan watak utama sebagai Tan Sri P. Ramlee dalam P. Ramlee The Musical yang dipentaskan di Istana Budaya dekat sini dan juga memainkan watak seniman itu sekali lagi dalam biopik yang dibahagikan kepada dua bahagian - Saloma: Mencuri Guruh dan Saloma: Pandang Kaseh.

 Jika sabit kesalahan, Tony boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga $20,000 dolar Singapura (RM57,775) atau kedua-duanya sekali.

 Sebutan semula kes berkenaan akan dibuat di Mahkamah Negara, Singapura pada 12 April ini. –

SUMBER: http://www.beritaharian.sg/

0 comments: