#OVERHEAT~Peminat Teruja Dengan Gambar Bogel Justin Bieber

APA sahaja yang dilakukan oleh Justin Bieber pasti mendapat perhatian peminatnya dari seluruh dunia.

 Yang terbaharu, gambar bogel dimuatnaik penyanyi berusia 22 tahun terbabit mendapat jutaan likes daripada pengemar pelantun lagu Love Yourself itu.

 Bieber menayangkan fotonya sedang menikmati pemandangan menarik di pantai dalam sesi percutiannya, baru-baru ini.

 Ini bukan merupakan kali pertama Bieber bergambar ‘keterlaluan’ untuk tatapan peminatnya yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak muda.

 Sebelum ini, dia pernah bergambar bogel untuk sampul muka hadapan majalah Clash keluaran bulan lalu.

 Dalam edisi itu, Bieber berbogel dengan hanya memakai topi sebagai props untuk sesi fotografinya itu.
– MYNEWSHUB.CC

No comments