Wednesday, March 16, 2016

#KECURIAN~Remy Ishak Hilang Kereta Mitsubishi Triton

PELAKON Remy Ishak menerusi laman sosialnya hari ini mendedahkan, kereta Mitsubishi Triton miliknya telah hilang dicuri individu tidak bertanggungjawab.

 Menyedari kehilangan keretanya yang bernombor pendaftaran WSB 7332 itu selepas baharu habis bekerja, Remy terus memuat naik di laman Twitter status berbunyi,

“Saya baru kehilangan kereta 30 minit yang lalu. Mitsubishi Triton, Hitam. Nombor pendaftaran WSB 7332 sila sebarkan. Terima kasih”.

 Remy turut menyertakan nombor telefon 013-6293825 yang boleh dihubungi orang ramai sekiranya terjumpa keretanya di mana-mana lokasi berhampiran.

 Semoga kereta aktor popular itu dapat ditemui dalam masa terdekat, dalam keadaan sama seperti ditinggalkan sebelum kejadian berlaku. – MYNEWSHUB.CC

0 comments: