Thursday, March 17, 2016

#HEBAT~Kim Hye Soo Artis Bijak, Kuasai Lima Bahasa Asing

Kim Hye Soo mampu bertutur dalam lima bahasa berbeza. 

 PELAKON Kim Hye Soo dinamakan sebagai Artis Paling Bijak 2016 kerana kebolehannya menguasai lima bahasa dengan baik.

 Soompi melaporkan selain bahasa Korea, Hye Soon berkebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Jepun dan Cina.

 Jadi tidak hairan pelakon terkenal itu mampu menjawab soalan daripada media antarabangsa dengan baik selain diberi peluang berlakon dalam drama dan filem berbahasa Inggeris.

 "Sebelum ini saya memang tidak pandai berbahasa Inggeris dan mula belajar apabila perlu berdialog dalam bahasa berkenaan menerusi drama Too Tired to Die yang turut menggandingkan saya dengan pelakon Jepun, Kaneshiro Takeshi.

 "Sejak itu saya mula mendapati bahasa asing sangat menarik dan mula belajar sehingga mahir," katanya.

 Atas kebolehannya itu, Hye Soo turut diberi peluang bergandingan dengan Michelle Yeoh dan Andy Lau ketika ditugaskan sebagai penyampai anugerah pada Festival Filem Antarabangsa Hong Kong pada 2007.

 Pelakon itu kini sedang popular menerusi drama bersiri Signal.

0 comments: