Wednesday, March 16, 2016

#DUTA PRODUK~Wajah Fotogenik, Diana Danielle Jadi Model Tudung Fareeda

PELAKON jelita Diana Danielle telah dipilih menjadi wajah baharu untuk jenama tudung Fareeda sempena mempromosikan koleksi terkini, ‘Sweet Love By Princess of Persia’. 

 Diana berkata dia berasa gembira dan sangat bersyukur apabila dipilih menjadi wajah koleksi terbaharu tudung Fareeda.
Dia juga mengatakan dia tidak mahu melepaskan peluang ini dan tidak mahu mensia-siakan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Dia juga telah bersedia untuk menggalas segala tanggungjawab yang akan diberikan kepadanya selepas ini.

 Menurut Pengarah Fareeda Global, Mawar Abdul Karim, dia memilih Diana Danielle sebagai wajah Fareeda bagi koleksi kali ini adalah kerana dia mempunyai wajah yang fotogenik. -MYNEWSHUB.CC

0 comments: