Wednesday, February 10, 2016

#TERUJA~Kesan Pengambilan Detox, Nad Zainal Sangka Dirinya Hamil

PELAKON Nad Zainal yang mengamalkan pengambilan produk kecantikan akui dirinya berasa pening-pening dan ekoran dengan keadaan itu, dia menyangka bahawa dirinya sedang hamil, lapor sebuah akhbar online.

 “Pasti saya teruja jika benar saya hamil erana sebagai isteri, itu adalah impian setiap wanita.

Suami saya sempat mengusik saya apabila dia mengetahui sebenarnya saya pening disebabkan pengambilan detox produk kecantikan”.
Nad Zainal Bersama Suami 

“Saya sudah bersedia untuk menjadi ibu sejak dari hari pertama perkahwinan saya, cuma masih belum rezeki untuk saya mengandung.

Suami juga pernah berkata kalau boleh ingin hidup berdua dalam tempoh setahun, tetapi kalau rezeki itu datang awal, kami terima”.

 Menjelaskan isu berat badan bertambah jika melahirkan bayi, Nad Zainal menegaskan dirinya tidak berasa risau jika keadaan itu berlaku kepada dirinya kerana dia berharap bahawa semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. –MYNEWSHUB.CC

0 comments: