#KOLEKSI GAMBAR~Majlis Resepsi Nabila Huda Bertemakan Melayu Klasik

PELAKON Nabila Huda dan suami, Mohd Izwan Johar sekali lagi diraikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan di rumah bapa Nabila, rocker Amy Search di Shah Alam, malam semalam.

 Majlis serba meriah itu diserikan lagi dengan tema Melayu Klasik yang diaplikasikan pada busana pengantin dan dekorasi majlis.

 Antara artis yang kelihatan hadir pada majlis itu adalah Sharifah Sakinah, Ryzal Jaafar, Uqasha Senrose, Yana Samsudin, Adeline Tsen, Tam Shuhaimi, Ziana Zain dan Yazid Search.

 Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil mendirikan rumah tangga dengan pengurus restoran Kulcats Bario tanggal 25 Disember tahun lalu di Putrajaya. – MYNEWSHUB.CC

No comments