#KECOH~Wanita tersilap masuk majlis sidang media pengumuman Shahiezy Sam

Khaty kelihatan terkejut apabila melihat wanita lain tampil pada sidang media berkenaan. 

 SIDANG media pengumuman majlis perkahwinan pasangan pelakon Shaheizy Sam, 33, dan Syatilla Melvin, 25, di sebuah hotel di Petaling Jaya semalam sedikit 'kecoh' apabila seorang wanita tersilap memasuki sidang media tersebut sehinggakan disangka Syatilla.

 Kehadiran wanita itu, yang berlagak bersahaja lantas terus duduk di sisi ibu Shaheizy Sam, Khaty Fauziah mengejutkan Khaty, namun selepas menyedari kesilapannya tersalah masuk majlis wanita itu bangun lantas keluar daripada sidang media itu.

 Terdahulu, wanita itu menarik perhatian jurugambar apabila jurugambar dilihat tidak henti-henti mengambil gambarnya kerana disangkakan dia Syatilla.

 Apa pun kehadiran wanita itu tidak menjejaskan sidang media tersebut, kerana majlis itu berlangsung aman selepas kejadian itu.

 Kejadian itu, kini menjadi viral di media sosial selepas video wanita itu dimuat naik di laman sosial.

 Namun, ada cakap-cakap yang tersebar mengatakan kesilapan itu hanyalah 'gimik' semata-mata.

 Dalam pada itu, setakat video ini dimuatnaik, tiada pengesahan daripada pihak Shaheizy Sam yang mengesahkan insiden itu.

 Dalam sidang media tersebut semalam, Khaty Fauziah akhirnya mengumunkan Shaheizy Sam bakal menikahi aktres Syatilla Melvin 8 Februari ini.

 Majlis akad nikah akan diadakan di Pulau Pinang pada 8 Februari, diikuti majlis resepsi sebelah perempuan di Bukit Jawi Golf Club pada 9 Februari.

 Manakala majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 14 Februari.

 Sam juga akan mengadakan majlis resepsi khas buat peminat pada 20 Februari.[SH]

No comments