#HOT~Maria Farida Nafi Abai Anak Tiri, Kongkong Suami

MARIA Farida mengakui tidak memahami mengapa anak tirinya memburukkan namanya dan suami dan dia juga menafikan bahawa dia mengongkong suaminya itu.

 “Antara sebab saya jatuh cinta dengan suami kerana sikap penyayangnya. Bayangkan walaupun keempat-empat anak tersebut bukan darah dagingnya.

 “Namun dia tetap mengambil tanggungjawab untuk menjaga mereka seperti seorang ayah kandung”

 “Malah selepas bercerai dengan bekas isterinya sebelum ini, mereka lebih jelas sebenarnya suami saya hanya bertindak sebagai penjaga sahaja.

 “Dalam keadaan ini saya tidak pernah mahu menghalang suami meneruskan tanggungjawabnya seperti yang dilakukannya sebelum ini iaitu menjaga mereka dengan penuh kasih sayang dan menyediakan segala keperluan, itu yang tetap diberikan suami saya sehingga saat ini”

 “Malah saya sendiri cukup selesa dengan hubungan yang terjalin sebelum ini dengan anak tiri suami saya.

Sebab saya tahu suami terlalu sayangkan mereka,” jelas Maria kepada Utusan Malaysia.

 Dia juga menjelaskan dia dan suami memang bersetuju untung mengambil dua anak kandung suaminya namun dalam masa yang sama turut menyediakan sebuah kediaman mewah untuk Nurshazleen Anis tinggal bersama adiknya yang lain.

 “Malah setiap minggu juga suami dan saya akan membelikan keperluan rumah untuk mereka. Tidak sekadar itu, untuk keselesaan mereka juga, suami turut memberikan sebuah kereta mewah buat kegunaan harian mereka”

 “Sehingga ke hari ini juga, suami saya tidak mahu mereka terasa hati dengan apa yang berlaku. Jadi dia ambil tanggungjawab menyediakan kehidupan yang sama seperti sebelum ini.

 “Jadi di bahagian mana, suami saya atau bekas bapa tiri mereka ini membiarkan mereka?” soal Maria. -MYNEWSHUB.CC

No comments