#HOT~Cuba Gaun Pengantin, Nora Danish Dah Nak Kahwin?

BETUL ke aktres comel Nora Danish, 34, bakal berkahwin dalam masa terdekat ini?

 Ini semua gara-gara gambar yang dimuat naik seorang pereka fesyen Ashraff Zainal yang menunjukkan pelakon itu sedang mencuba gaun pengantin rekaannya dengan kapsyen, “Someone is getting married. Love is in the air.”

 Mungkinkah Nora menjadi ‘muse’ atau model untuk busana pengantin pereka ini sahaja atau benar dia bakal menamatkan zaman solonya?

 Nora yang diketahui rapat dengan anak Menteri Pelancongan, Nedim pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram pada 2006 namun bercerai dua tahun kemudian.

 Hasil perkahwinan, pelakon kecil molek itu dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal Ramli, yang kini berusia tujuh tahun. – MYNEWSHUB.CC

No comments