Monday, December 21, 2015

#VIRAL~Siapakah Steve Harvey Yang Memalukan Miss Colombia?

HANYA kerana kesilapannya dalam mengumumkan nama pemenang pertandingan Ratu Cantik Dunia 2015, nama Steve Harvey kini mula menjadi viral di seluruh dunia pada hari ini.

  Siapakah sebenarnya Steve Harvey yang berperanan sebagai hos Miss Universe 2015 dan bersiaran langsung, semalam di The AXIS, Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat (AS).

 Steve Harvey yang dilahirkan pada 17 Januari 1957 itu sebenarnya merupakan seorang pelawak, pengacara televisyen, personaliti radio, pelakon dan juga seorang penulis buku.

 Steve yang kini berusia 58 tahun malah mengacarakan rancangan bual bicaranya sendiri, The Steve Harvey Morning Show dan program Family Feud menerusi stesen televisyen tempatan AS.

 Sepanjang kerjayanya, dia telah berjaya menerbitkan dua buku tulisannya, Act Like a Lady, Think Like a Man pada Mac 2009 dan buku Straight Talk, No Chaser: How to Find and Keep a Man.

Berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang pengacaraan, pastinya kesilapan dilakukan Steve ketika Miss Universe 2015 merupakan antara silap terbesar dalam kerjayanya.

 Reputasi buruk itu pasti mampu meranapkan imej dan kredibilitinya selama ini sebagai seorang hos yang berwibawa di AS.

 Mungkin kalau Steve lebih berhati-hati dan tidak terburu-buru dalam membuat pengumuman, perkara ini dapat dielakkan daripada berlaku.

 Tapi, nak buat macam mana, perkara yang dah berlaku tidak boleh diundurkan semula..

 Mungkin insiden ini boleh memberi pengajaran kepada semua pengacara dan hos-hos di luar sana agar tidak ulangi kesilapan sama dilakukan Steve lebih-lebih lagi dalam sebuah acara besar seperti Miss Universe. – MYNEWSHUB.CC

0 comments: