Tuesday, December 22, 2015

#TAHNIAH~Amy Search Dedah Nabila Huda Bakal Nikah Jumaat Ini

BAPA pelakon Nabila Huda, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search mengesahkan anaknya bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang pengurus restoran, Jumaat ini.

 Walau bagaimanapun, Amy tidak mengetahui lebih lanjut mengenai majlis pernikahan Nabila dengan teman lelakinya itu.

 “Saya hanya diberitahu anak saya akan berkahwin pada 25 Disember ini.

 “Selebihnya, semua persiapan diuruskan oleh ibu Nabila,” katanya dipetik portal mStar.

 Nabila sebelum ini pernah berkahwin dengan Zaidy Zailani pada 2008 namun berpisah tiga tahun kemudian.

 Hasil perkahwinan, aktres itu dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun. – MYNEWSHUB.CC

0 comments: