#Star Wars: The Force Awakens 'meletup' di panggung

Star Wars: The Force Awakens. ‎ 

 BARU hari pertama ditayangkan, filem Star Wars: The Force Awakens mencatat rekod box-office tayangannya di Amerika Syarikat dan Kanada, kelmarin dan dijangka bakal menjadi salah sebuah filem yang akan berjaya meraih kutipan terbesar berbanding filem sebelum ini.

 Memetik laporan Reuters filem epik terbaharu itu mencatat rekod kutipan berjumlah AS$57 juta (RM244 juta) pada hari pertama tayangannya pada malam Khamis lalu dengan mudah mengetepikan rekod AS$43.5 juta (RM186 juta) yang dicatat filem Harry Potter and The Deathly Hallows-Part 2 pada 2011.

 Para penganalisis filem mengandaikan, dengan kemasukan filem ketujuh ikon angkasa lepas itu yang memaksa Disney membelanjakan hampir AS$200 juta (RM428 juta) untuk menerbitkannya boleh mencatat kutipan terbesar pada minggu pembukaannya dan menjadi filem terhebat sepanjang sejarah.

 "Kami menjangka untuk mencapai angka AS$200 juta (RM856 juta) pada Ahad ini dan kemungkinan mencatat rekod hujung minggu sepanjang masa." kata Disney.

 Sebelum ini, kutipan Box Office sepanjang zaman setakat ini dipegang oleh dua filem arahan James Cameron Avatar (AS$2.78 bilion atauRM11.9 bilion) dan Titanic (AS$2.18 bilion atau RM9.3 bilion)[SH]

No comments