Thursday, December 17, 2015

#PALSU~'Sudah tiga kali terjadi, tak elok mereka buat begitu' - Hang Jebat

Jins Shamsuddin 

 INDUSTRI seni sekali lagi dikejutkan dengan berita palsu mengenai kematian pelakon lagenda, Tan Sri Jins Shamsuddin, 80, pagi ini.

 Menurut anak ketiganya, Putera Hang Jebat, dia tidak tahu bagaimana cerita berkenaan boleh timbul sedangkan ayahnya masih berada dalam kondisi yang baik.

 "Kesihatannya masih baik, dia masih boleh makan dan mandi sendiri. "Cuma pergerakannya sahaja agak perlahan," katanya.

 Mengulas lanjut, Hang Jebat sangat kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mengada-adakan berita tersebut sehingga menjadi viral.

 "Perkara ini melibatkan hidup dan mati orang. Tidak elok mereka buat begitu. Jika perkara sama berlaku kepada mereka, pasti mereka rasakan yang sama.

 "Keluarga, terutamanya emak sangat sedih mendapat tahu mengenai khabar palsu ini. Lagi pun ini sudah kali ketiga ia berlaku," katanya.

 Tegasnya, dia meminta pihak berkenaan untuk tidak mengulangi perkara sebegini lagi.

 "Tolonglah hentikan berita-berita sebegini. Fikirkan sedikit perasaan kami," katanya.[SH]

0 comments: