Monday, December 21, 2015

#MEMALUKAN~Miss Colombia Hanya Dinobatkan Sebagai Miss Universe 2015 Selama 2 Minit

MEMALUKAN…Hos Steve Harvey Silap Umum Juara Miss Universe 2015

 Itu yang terjadi apabila hos pertandingan Ratu Cantik Dunia 2015, Steve Harvey tersalah ketika membuat pengumuman juara Miss Universe 2015 dalam program live yang berlangsung semalam.

 Steve membuat kesilapan dengan mengumumkan Ratu Colombia, Ariadna Guttierez sebagai pemenang yang mana sepatutnya gelaran itu dimenangi oleh Ratu Filipina, Pia Alonzo Wurtzbach.

 Kegembiraan Ariadna memakai tiara itu hanya berpanjangan selama dua minit sebelum Steve menyedari dia telah membuat kesilapan besar dalam mengumumkan nama pemenang acara besar itu.

 Sejurus itu, Steve telah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kekhilafannya yang tersalah membaca nama pemenang tertera dalam kad keputusan tersebut.

 Acara Miss Universe 2015 kali ini berlangsung meriah di The AXIS, Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat. – MYNEWSHUB.CC

0 comments: