Thursday, October 1, 2015

#TERKINI~Linda Rafar dalam proses rujuk kembali kepada Syed Aiman

Linda Rafar dan Syed Aiman 

 PELAKON dan penyayi Linda Rafar mengakui dalam proses rujuk bersama bekas suaminya yang juga seorang pelakon Syed Aiman, selepas menfailkan penceraian sebelum ini.

 Menurut Linda, dia dan suami akan rujuk kembali demi rasa cinta dan sayang yang masih utuh.

 “Ya, kami dalam proses untuk rujuk. Saya akan hentikan kes itu dalam masa terdekat ini.

 “Saya akui, fasa itu bermula kerana sedang mengandung. Itulah yang memberikan kesan sehingga saya melakukan perkara yang mengarut.

 “Wanita mengandung. Biasalah memang akan cepat sensitif.

Buat masa ini, saya dan Syed akan berbincang semula mengenai kehidupan kami," ujarnya.

 Tambah Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, semasa permohonan cerai difailkan, Linda mengakui, jiwa sensitif yang tengah menggelodak membuatkan dia sudah tawar hati dengan sikap suami.

 "Dalam keadaan beremosi juga, semuanya memang akan berlaku. Tanpa meminta nasihat keluarga, saya bertindak secara melulu.

 “Syed sebenarnya marah kerana saya bertindak sedemikian. Dia akui, mereka tidak perlu bergaduh kerana bukan niatnya untuk membawa hubungan kami ke arah penceraian," katanya.

 Dalam pada itu, ujarnya lagi, pihak mahkamah juga ada memberi nasihat agar meneliti kembali lafaz cerai itu kerana ia bukan perkara yang boleh dibuat main-main.

 “Kami kembali ini juga kerana Syed masih sayangkan saya dan anak-anak.

Saya akui, sikap tidak matang saya membuatkan saya cepat membuat keputusan yang terburu-buru," katanya dipetik sebuah portal berita.

 Sebelum itu, Syed Aiman Syed Mahmud, 40, dilapor melafazkan cerai terhadap Linda, 37, di hadapan ibu mertua dan adiknya jam 7 pagi di rumah mereka di Shah Alam.

 Linda dan Syed Aiman melangsungkan perkahwinan pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata.

 Perkahwinan tersebut merupakan kali kedua pasangan pelakon itu selepas masing- masing bercerai dengan pasangan masing-masing.[SH]

0 comments: