Friday, October 2, 2015

#PANAS~ Erra Fazira Akui Sedang Mengenali Seseorang

SELEPAS rumah tangga yang dibina berakhir awal tahun lalu, nama ratu filem tanah air, Erra Fazira sering kali dikaitkan dengan beberapa selebriti lelaki seperti Amar Baharin dan Shahir.

 Menafikan khabar angin yang tersebar, Erra bagaimanapun akhirnya membuka mulut mengakui sedang mengenali seseorang yang tiada kaitan dalam bidang seni akhir tahun lalu.

 Begitu pun, ketika itu aktres jelita ini enggan berkongsi lebih lanjut mengenai individu tersebut sekali gus menimbulkan tanda tanya kepada semua pihak.

 Berkesempatan menemui empunya diri pada majlis Wings Rockin ‘N’ Roll Anniversary 30th Celebration malam kelmarin, Erra sempat diusik dengan pertanyaan mengenai perkembangan hubungannya itu.

 “Kehidupan peribadi berjalan seperti biasa.

Tidak ada apa-apa yang berubah buat masa ini.

 “Masih lagi dalam proses mengenali. Lagi pun tidak ada apa yang perlu dikejarkan,” jawabnya ringkas.

 Tidak mahu terlalu fokus dengan soal itu, Erra kini lebih selesa memberi sepenuh perhatian terhadap puteri tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran, 6, selain memenuhkan masa dengan aktiviti seni dan bidang perniagaan tudung yang diceburinya.[SH]

0 comments: